Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Tahap Kolesterol Tinggi? Jom Baca Ni Untuk Tips Kurangkannya


Pati Bunga Raya Mampu Kurangkan Kolesterol

Bunga Raya

Tahukah anda bunga raya didapati mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Menurut satu penyelidikan dari Perbadanan penyiaran Britain (BBC), pati bunga raya dapat mengurangkan kolestrol dalam tubuh badan manusia.

Sepasukan penyelidik dari Universiti Perubatan Chung San di Taiwan juga mengatakan bunga raya mengandungi antioksida yang mampu mengawal tahap kolestrol dan penyelidik-penyelidik tersebut juga berminat untuk meneruskan kajian untuk memberi kesejahteraan hidup manusia.

Selain itu boleh juga mengamalkan Pure Marine Collagen keluaran Zarraz Paramedical yang mampu memperbaiki sel dari dalam.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Friday, 25 July 2014

Anda Seorang Yang Pelupa? Nak Tips Untuk Tingkatkan Daya Ingatan? Klik Sini SEKARANG!


Petua Meningkatkan Daya Ingatan

Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah :-

* Membaca Al-Quran


Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup


1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan


Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan


Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yang diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Contohnya Pure Marine Collagen keluaran Zarraz Paramedical.

* Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan


Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat


Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, segera dapatkan konsultasi daripada doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru


Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit atau menghadiri ceramah dan motivasi.

InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!




Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Wednesday, 16 July 2014

Tips Mengurangkan Jeragat




Petua Kurangkan Jeragat

Kulit Muka Yang Berjeragat

Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Cubalah petua-petua di bawah ini untuk menangani masalah jeragat di kulit.

Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Petua hilangkan jeragat 2 :

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

Jika ingin mudah, amalkan pengambilan supplement untuk hati yang boleh didapati di farmasi selain mengamalkan penjagaan kulit dari luar dengan produk Zarraz Paramedical.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Saturday, 7 June 2014

Perut Anda Buncit? Jom Baca Ni Untuk Tips Kempiskannya


Tips Kempiskan Perut

Sit-Up / Bangkit Tubi

Umum semua tahu melakukan sit-up dapat mengecilkan atau mengempiskan perut.

Tetapi persoalannya, berapakah jumlah sit-up yang perlu dilakukan untuk mengecilkan perut kita? Sit-up atau bangkit tubi memang tidak asing lagi bagi wanita. Aktiviti ini adalah paling berkesan untuk mengempiskan perut dan menghilangkan lemak di kawasan perut. Gerakan sit-up ini juga dikatakan dapat membantu wanita memiliki perut yang nipis, tegang dan cantik.

Sebenarnya, bangkit tubi yang disarankan adalah 24 kali turun naik. Ini bermakna anda haruslah membuat sit-up sebanyak 8 kali dengan 3 kali pengulangan yang melibatkan otot perut. Itu sudah memadai bagi anda. Lakukan aktiviti ini sebanyak 2 kali sehari.

Nak lebih efektif lagi? Jom sapu kawasan yang anda ingin kecilkan dengan Reshaping Body Gel sebelum memulakan aktiviti atau senaman!

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Wednesday, 28 May 2014

Epal Hijau & Khasiatnya


Khasiat Epal Hijau

Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah :
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Tuesday, 20 May 2014

Pernah Dengar Nama Ni --> ENZYMES? Apa Tu? Klik Untuk Info


ENZYMES - Kepentingannya Terhadap Kesihatan & Kecantikan Kulit Manusia

Apa itu Enzymes?

ENZYMES adalah pemangkin (catalyst) yang wujud pada sel setiap benda hidup. Ia adalah elemen yang penting untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Pencernaan, penyerapan, proses metabolisme bagi penggantian sel lama kepada sel baru, proses penguraian toksin dan detoksinasi memerlukan enzymes.

Jenis-jenis Enzymes?

Enzymes terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

  • jenis pertama - wujud dalam tubuh manusia
  • jenis kedua - dibuat di luar tubuh manusia melalui makanan yang diambil
Berapakah jumlahnya?

Tubuh manusia menghasilkan 5,000 jenis Enzymes. Daripada keseluruhan itu, 3,000 dibuat oleh bakteria di dalam usus (instentinal bacteria).

Sistem Pencernaan

Bermula dari mulut dan berakhir di usus adalah merupakan sistem pencernaan. Organ yang terlibat adalah :-

  • dalam mulut (kelenjar liur)
  • dalam saluran perut (stomach lining)
  • dalam pankreas
  • dalam hepar (hati)
Jagalah sistem pencernaan (gastrointestinal system) kerana penyakit bermula dari perut di mana sistem pencernaan yang baik membuatkan sesorang itu sihat mental dan fizikalnya. Jika sesorang mempunyai masalah sistem pencernaan, ia akan membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal.


Enzymes Pencernaan

Enzymes adalah sangat unik. Hanya satu jenis enzyme bertanggungjawab mengurai satu substrate (zat) dan menjadikan satu produk baru yang diguna pakai oleh tubuh.

Contoh :

                       amylase
Carbohydrate -----------> Glucose & Glicogen

       lipase
Fat --------> Fatty Acid & Gliserol

             protease
Protein ------------> Acid Amino

Bagaimana Menjana Enzymes Untuk Pencernaan Yang Baik?

Makanlah makanan yang sesuai dengan jenis darah supaya enzymes semulajadi dalam badan dapat bekerja dengan baik dan tidak terbeban.

Makanlah sayur-sayuran dari buah-buahan yang tidak dimasak (ulam-ulaman) supaya enzymes dari luaran ini dapat membantu sistem pencernaan.

Makanlah makanan yang mempunyai unsur-unsur probiotik kerana peningkatan bakteria baik boleh membantu proses enzymes semulajadi manusia.

Kesimpulan

Bantulah enzymes dalaman anda berfungsi dengan baik supaya anda memperolehi kesihatan yang baik. Jangan makan makanan yang membebankan dan menghapuskan enzymes.

Makanlah makanan yang berkhasiat, lebihkan sayur dan buahan mentah kerana ianya mempunyai kadar nutrien yang sangat tinggi dan enzymes yang banyak untuk memudahkan pencernaan.

Sistem pencernaan yang baik menghasilkan kulit yang cantik dan bercahaya di samping mengamalkan Pure Marine Collagen dan skincare Zarraz Paramedical.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Wednesday, 14 May 2014

Tips Kesihatan - Air Masak @ Putih


Tips Kesihatan - Jom Minum Air Masak / Putih / Mineral

Versi Bahasa Malaysia

Salam semua! Sedikit perkongsian untuk kebaikan kita bersama!

Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri? Ternyata secara medik, dalam tubuh manusia terdapat penyaring Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm 100% steril untuk diolah oleh tubuh. Bila kita minum smbil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak disaring oleh sfringer langsung masuk ke kantung kemih dapat menyebabkan penyakit kristal ginjal. SubhanAllah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya. 
        
Terapi air putih :- 
  • Minum 2 gelas setelah bangun tidur dapat membersihkan organ internal.
  • Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
  • Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
  • Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah strok dan serangan jantung.

English Version

Mari berkongsi tips sihat! Semoga bermanfaat dalam berkongsi ilmu... in syaa Allah!

Wednesday, 23 April 2014

Daun Sirih : Apakah Kebaikan & Khasiatnya?


Khasiat Daun Sirih

Daun Sirih / Piper Betle

Hasil penemuan kajian saintifik oleh pakar-pakar kajian herba produk mengatakan sirih (Piper Betle L) mengandungi komponen-komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Berikut adalah antara khasiat-khasiat daun sirih :-

1. Menghilangkan sakit tekak, bengkak di bahagian tekak dan batuk berkahak.

2. Sebagai bahan pencuci di bahagian vagina bagi merawatkan keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.

3. Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu-ibu didalam pantang.

4. Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.

5. Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.

6. Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.

7. Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut dan bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

8. Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.

9. Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.

10. Dapat digunakan untuk kecantikan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.

11. Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.

12. Merawat penyakit sendi dan bisa-bisa tulang.

13. Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical

Sunday, 20 April 2014

Tips MENARIK Untuk WAJAH CANTIK!



Tips Wajah Cantik : Jangan Picit Jerawat


Anda semua pasti nak kekal CANTIK dan BERSERI kan? Tambahan pula sudah menghampiri LEBARAN atau HARI BERSEJARAH anda! Rasa sakit hati sangat-sangat bila nampak jerawat keluar bila bangun pagi kan?

Walaupun memicit jerawat terutama yang jenis bernanah akan membuatkan kita merasa puas dan lebih selesa serta yakin kerana ia dapat dikeluarkan, namun ketahuilah bahawa lebih banyak yang pecah di bahagian dalam 
dari yang keluar. Apa maksudnya tu?

Owh, mudah sahaja. Apabila proses pemicitan jerawat itu berlaku, pasti kita akan picit sehingga ke isi di bawah kulit itu sekali. Ini akan menyebabkan radang di bahagian dalam dan anda akan dapati beberapa hari selepas itu, jerawat akan timbul kembali di tempat yang sama atau berhampiran dengannya. Ia juga akan menghasilkan parut yang lebih teruk. 

Jadi, 'hands-off' your face!

Jom like page Zarraz Paramedical

Friday, 21 March 2014

Wanita & Keputihan : Punca & Cara Mengatasi


Masalah Keputihan & Wanita

Apa itu keputihan?

Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.

Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Bagaimana masalah keputihan terjadi?

Keputihan berubah mengikut perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Keadaan stress juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat yang berbeza dan bauan tertentu.

Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan jangkitan.

Simptom-simptom anda mengalami masalah keputihan
  • Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
  • Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
  • Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
  • Perlu memakai panty liner setiap hari.

Bagaimana mengatasi masalah keputihan?

Antara amalan-amalan tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti dibawah. Dan setiap kesulitan/penyakit itu ada ubatnya cuma kita kena berusaha untuk mencari penawarnya. 

Yang penting dapatkan nasihat doktor!! 

Cara Pertama

1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua

1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Jemput like dan share Zarraz Paramedical