Sunday, 20 April 2014

Tips MENARIK Untuk WAJAH CANTIK!



Tips Wajah Cantik : Jangan Picit Jerawat


Anda semua pasti nak kekal CANTIK dan BERSERI kan? Tambahan pula sudah menghampiri LEBARAN atau HARI BERSEJARAH anda! Rasa sakit hati sangat-sangat bila nampak jerawat keluar bila bangun pagi kan?

Walaupun memicit jerawat terutama yang jenis bernanah akan membuatkan kita merasa puas dan lebih selesa serta yakin kerana ia dapat dikeluarkan, namun ketahuilah bahawa lebih banyak yang pecah di bahagian dalam 
dari yang keluar. Apa maksudnya tu?

Owh, mudah sahaja. Apabila proses pemicitan jerawat itu berlaku, pasti kita akan picit sehingga ke isi di bawah kulit itu sekali. Ini akan menyebabkan radang di bahagian dalam dan anda akan dapati beberapa hari selepas itu, jerawat akan timbul kembali di tempat yang sama atau berhampiran dengannya. Ia juga akan menghasilkan parut yang lebih teruk. 

Jadi, 'hands-off' your face!

Jom like page Zarraz Paramedical

No comments:

Post a Comment