10 Cara
Atasi Jerawat Paling Jimat Kos & Berkesan
Masalah jerawat adalah salah
satu masalah biasa yang dihadapi oleh remaja kerana perubahan hormon dalam
tubuh badan mereka.
Punca kulit jerawat bermula
apabila bintik hitam yang terdapat pada wajah dipenuhi dengan minyak, kotoran
dan juga sel kulit mati lalu terperangkap dalam
liang pori kulit wajah anda.
Masalah kulit ini akan sentiasa
berulang sepanjang hidup , tetapi melalui penggunaan bahan semula
jadi anti-jerawat mampu merawat masalah jerawat.
1. Tips
Rawat Jerawat : Basuh Muka Dengan Pencuci Muka
Ianya penting untuk anda
memastikan bahagian muka dan leher anda bersih daripada segala kotoran. Anda
boleh menggunakan pencuci yang lembut dan tidak mengeringkan kulit bagi
membersihkan muka anda seperti Calming Cleansing Milk. Pastikan
anda membasuh muka sekurang-kurang tiga kali sehari, lebih-lebih lagi selepas
rutin senaman. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, anda digalakkan
mencuci rambut anda setiap hari bagi mengelakkan pengumpulan minyak di bahagian
muka yang akan mengakibatkan jerawat.
2.
Makan Buah Ubat Jerawat : Anggur
Amalkan pengambilan buah anggur
dalam diet harian anda kerana ia kaya dengan sumber vitamin C dan mampu
membantu mengurangkan kekerapan berlakunya jerawat. Malah jika anda melihat
jerawat yang baru timbul, anda boleh memotong buah anggur dan letakkan pada bahagian
tersebut selama beberapa minit agar jus anggur itu menyerap.
3. Krim
Jerawat Mujarab : Ubat Gigi
Ubat gigi adalah antara bahan
yang paling mudah didapati di rumah dan juga merawat jerawat. Ubat gigi putih
herbal adalah pilihan yang ideal kerana kandungan bahan dalam ubat gigi mampu
mengeringkan jerawat. Letakkan sedikit ubat gigi di bahagian tersebut dan
biarkan semalaman. Anda boleh membasuh menggunakan air sejuk keesokan harinya.
4. Detox
Kulit Jerawat : Timun
Timun adalah sejenis sayuran yang
menyejukkan kulit dan juga efektif dalam merawat jerawat. Anda boleh kisarkan
timun tersebut bagi mendapatkan jusnya, lalu dicampurkan dengan yogurt serta
secubit serbuk kunyit. Letakkan pada jerawat tersebut dan biarkan selama satu
jam. Anda boleh mengamalkan prosedur ini selang dua atau tiga hari.
5. Air
Jus Rawat Jerawat : Jus lemon
Jus lemon mempunyai bahan asidik
yang membantu membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori, sekaligus
mengurangkan penghasilan sebum. Apa yang anda perlu lakukan adalah potong buah
lemon dan letakkan bahagian berjus pada kawasan jerawat. Biarkan selama satu
jam dan bersihkan menggunakan air sejuk.
6. Krim
Murah Anti-Jerawat : Madu
Letakkan madu di kawasan jerawat
selama 30 hingga 45 minit dan basuh menggunakan air sejuk. Jangan kedekut untuk
menggunakan banyak madu di atas muka anda kerana ia mampu menghilangkan jerawat
anda lebih-lebih lagi jika diamalkan dua atau tiga hari berturut-turut.
7. Detox
Kulit Jerawat : Kulit Buah Oren
Seperti diketahui, buah oren
sememangnya kaya dengan sumber vitamin C serta kandungan asid. Apa yang anda
perlu lakukan anda keringkan kulit buah oren di bawah cahaya matahari, lalu
hancurkannya agar menjadi serbuk halus. Masukkan sedikit air agar ia menjadi
pes dan letak di kawasan jerawat itu, lalu dibiarkan sehingga kering. Amalkan
dua kali sehari agar bebas jerawat!
8.
Plaster Anti-Jerawat : Pes Kayu Manis & Madu
Campurkan serbuk kayu manis dan
madu sehingga ia menjadi pes halus. Letakkan di bahagian jerawat dan biarkan
selama 20 minit atau semalam. Amalkan selalu untuk dua atau tiga hari
berturut-turut.
9.
Antiseptic Bakteria Bunuh Jerawat : Kunyit
Kunyit mampu menghalang jangkitan
pada kulit kerana ia mengandungi anti bakteria atau anti septik. Campurkan satu
sudu serbuk kunyit dan satu sudu madu, lalu digaulkan agar ia menjadi pes
halus. Letakkan di bahagian jerawat selama 20 hingga 30 minit dan bersihkan
menggunakan air sejuk.
10.
Antioksida Kulit Jerawat : Bawang Putih
Baunya mungkin kurang
menyenangkan, tetapi hancurkan bawang putih lalu diletakkan di bahagian jerawat
tersebut selama beberapa minit. Amalkan tiga kali sehari selama dua hari
berturut-turut untuk melihat keberkesannya.
Namun demikian, jangan keluar
dari rumah jika anda tidak menggunakan Krim Sun
Protection SPF50 kerana tanpa krim ini, wajah anda akan
terdedah dengan UVA & UVB serta radikal bebas di udara yang menjadi punca
utama pembentukan jerawat pada wajah anda.
SPF50 |
SPF50 (Acne & Sensitive) |
No comments:
Post a Comment