Jom Kita Ber'scrubbing'
Kebiasaannya penduduk di kawasan Afrika - Amerika dan Timur Tengah umumnya memiliki warna siku dan lutut yang lebih gelap. Namun penduduk di negara kita juga tidak terlepas.
Pengumpulan Sel Mati
Umumnya warna gelap pada siku dan lutut timbul kerana terdapat sel kulit mati yang banyak dan berkumpul pada bahagian tersebut. Lebih memburukkan keadaan apabila ia terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan menyebabkan ia menjadi jauh lebih gelap berbanding bahagian yang lain. Ada yang mengalami masalah lebih teruk daripada itu apabila ia bukan sahaja hitam malah kelihatan kering dan bersisik.
Kekerapan Melalui Aktiviti Regangan
Antara penyebab lain yang menyebabkan siku dan lutut menjadi hitam adalah kerana terlalu kerap mengalami aktiviti regangan. Cuba anda perhatikan ketika anda meluruskan tangan atau kaki, kulit di bahagian-bahagian ini terasa seperti menggerutu dan kasar jika digosok.
Kurangnya Rawatan Khusus
Ramai wanita lebih mengutamakan kecantikan dan kebersihan wajah berbanding bahagian-bahagian ini. Usah begitu! Siku dan lutut juga memerlukan belaian yang sama seperti bahagian lainnya. Mulai hari ini pastikan anda turut merawat siku dan lutut juga, ya!
Sering Mengalami Geseran
Sudahlah tidak pernah dibelai, bahagian ini pula sering mengalami geseran dengan objek-objek seperti meja atau lantai. Tekanan yang berlebihan juga membantu mempercepatkan lagi proses kulit menjadi hitam.
Ubat-ubatan Atau Penyakit
Terdapat juga sesetengah keadaan di mana ia berlaku akibat ubat-ubatan atau penyakit seperti Addison atau Exim.
Selain itu, tahukah anda lapisan kulit di daerah siku dan lutut mengandungi pigmen kulit (melanin) yang lebih banyak berbanding bahagian yang lain? Secara tidak langsung ia membantu mempercepatkan lagi perubahan warna pada bahagian-bahagian ini.
No comments:
Post a Comment